CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

MINGGU 4

AKTIVITI 1 (menggunakan bahan sastera)


BBM : Cerpen Sang Kancil dan Sang Monyet


Sang Kancil dan Sang Monyet

    Pada suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang pokok jambu. Sang Kancil teringin hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!"

    Tetapi Sang Monyet enggan memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu kecil. 

   Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu. Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat gembira.

   "Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet. Sang Monyet ....



Langkah-langkah :

  • Murid membaca cerpen Sang Kancil dan Sang Monyet secara beramai-ramai
  • Beberapa murid dipilih secara rawak untuk membaca kuat cerpen Sang Kancil dan Sang Monyet
  • Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan
  • Murid diminta untuk berbincang tentang kesudahan cerita dalam kumpulan masing-masing
  • Semasa berbincang murid diminta untuk mencatat isi perbincangan
  • Setelah berbincang, wakil kumpulan akan membentangkan hasil perbincangan mereka kepada kelas
  • Murid diminta untuk menulis kesudahan cerita dalam sebuah perenggan berdasarkan apa yang telah dibincangkan dalam kumpulan
  • Murid menghantar tugasan. 




AKTIVITI 2 (menggunakan bahan tatabahasa)


Aspek tatabahasa : Diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung
BBM : Petikan "Kampung Saya"

Kampung Saya
Nama saya Khairul. Saya tinggal di Kampung Muara. Saya sayang akan kampung saya. Di kampung saya ada sebuah surau, balai raya dan gerai kuih. Saya suka membeli kuih tapai di gerai tersebut dengan menggunakan duit syiling.
Pada masa lapang, saya suka pergi ke kebun bersama datuk saya. Di kebun datuk saya ada pelbagai jenis tanaman seperti petai, halia, cabai, manggis, durian dan rambutan. Malangnya, monyet-monyet liar sering memakan buah-buahan di kebun datuk saya. Di situ juga ada sebuah kolam ikan. Datuk saya menternak ikan kaloi. Setiap hari datuk saya memberi ikan makan sekoi. Saya suka makan lauk ikan kaloi yang dimasak oleh ibu.
Di kampung saya juga ada sebatang sungai. Air sungai itu sangat jernih. Pada waktu petang saya dan kawan-kawan akan membawa tuala untuk mandi di sungai itu. Kadang kala sekolah saya akan mengadakan aktiviti perkhemahan di tebing sungai itu.   



Langkah-langkah :


  • Murid membaca petikan “Kampung Saya” secara beramai-ramai
  • Beberapa murid dipilih secara rawak untuk membaca kuat petikan “Kampung Saya”.
  • Murid menjawab soalan lisan yang disoal oleh guru berkaitan dengan petikan 'Kampung Saya' secara lisan.
  • Guru memberikan latihan melengkapkan ayat dengan perkataan diftong, vokal berganding dan konsonan bergabung yang sesuai. 
  • Setelah selesai murid diminta menghantar tugasan yang telah diberi. 




AKTIVITI 3 (menggunakan bahan bidang ilmu lain)


Bidang ilmu : Pendidikan Seni
BBM : Karya Dzulkilfi Buyong. Tajuk : "Perahu Kertas"



Langkah-langkah :


  • Guru menunjukkan gambar karya lukisan Dzulkilfi Buyong yang bertajuk "Perahu Kertas" di skirn putih LCD.
  • Guru menyoal murid tentang apa yang terdapat mereka lihat pada gambar tersebut.
  • Guru mencatat kata nama berdasarkan jawapan atau pendapat yang diutarakan oleh murid seperti 'kertas', 'buku', 'murid perempuan' dan sebagainya di papan tulis.
  • Murid diminta untuk membaca perkataan yang telah disenaraikan oleh guru di papan tulis secara beramai-ramai.
  • Murid diminta untuk membina sebuah cerita ringkas berdasarkan perkataan yang telah disenaraikan.
  • Setelah selesai murid diminta menghantar tugasan yang telah diberi.